Monday, May 7, 2007

Isytihar muflis peminjam PTPTN degil bayar hutang



a) KUALA LUMPUR 9 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengambil tindakan yang lebih keras termasuk mengisytiharkan muflis dan sekatan ke luar negara ke atas lebih 5,000 peminjamnya yang masih degil membayar hutang.

Langkah terbaru itu bertujuan meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN daripada para pelajar yang kini berjumlah RM11.1 bilion.

‘‘Peminjam patut tahu wang PTPTN yang digunakan perlu ‘dipusing’ untuk individu lain yang baru memohon pinjaman.

b) KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengambil tindakan tata tertib terhadap pegawai kerajaan yang dikesan gagal menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).

“Kita akan cari mereka sampai dapat. Kalau dah degil sangat, boleh kena tindakan tata tertib. Nasihat saya mudah saja, kalau dah berhutang tu, kena bayar la,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata kira-kira 10,000 pegawai pelbagai jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikesan belum membayar balik pinjaman PTPTN kerana beranggapan mereka boleh mengelak dikenakan tindakan.

KUALA LUMPUR 18 April – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 395 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman sehingga 31 Mac lalu. Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak empat peminjam telah melunaskan sepenuhnya hutang manakala 37 peminjam lagi bersetuju untuk membayar mengikut jadual. Menurut beliau, sebanyak 22 peminjam pula tidak hadir ke mahkamah.

‘‘Selebihnya sebanyak 332 peminjam, pihak PTPTN sedang menunggu saman daripada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

‘‘Selain menyiarkan nama di akhbar, PTPTN juga mengambil tindakan mahkamah kepada peminjam yang tegar dan mengenakan kos pentadbiran yang lebih tinggi kepada peminjam yang dikenakan tindakan undang-undang. Kata Adham, sehingga 31 Mac lalu, PTPTN telah memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM19.06 bilion melibatkan 982,066 pelajar.

Daripada jumlah tersebut, kata beliau, PTPTN telah mengeluarkan pinjaman pendidikan sebanyak RM13.15 bilion. ‘‘Bagaimanapun, amaun pinjaman yang sepatutnya dikutip oleh perbadanan ini adalah sebanyak RM1.37 bilion melibatkan seramai 438,775 peminjam,'' ujarnya.

MELAKA, 19 April (Hrkh) - Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membebankan dan perlu dikaji semula keberkesanannya dalam membantu pelajar yang rata-ratanya menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman tersebutMenurut Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, bahawa PTPTN membebankan, "bila keluar mereka berhutang dan dengan hampir 80,000 pelajar IPTA menganggur bagaimana nak bayar hutang."

"Profesor Ungku Aziz menyatakan keuntungan Petronas hampir 50 bilion boleh digunakan bagi membiayai pendidikan rakyat sehingga ke peringkat yang paling tinggi tanpa perlu mengenakan pinjaman kepada pelajar," kata beliau lagi dalam program 'Hujah' di TV 9 baru-baru ini.

Beliau juga menambah, tindakan mendakwa mereka yang gagal membayar balik pinjaman ke mahkamah perlulah dikaji semula memandangkan dengan pengangguran dan peningkatan kos hidup begitu memeritkan mereka.

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan, ibu bapa atau penjaga
disyaratkan mempunyai simpanan wajib dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menerusi syarat baru itu, keluarga berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 mesti mempunyai simpanan RM3,000 dalam SSPN, manakala berpendapatan kurang RM2,000 sebulan sebanyak RM500.

Beliau memberi contoh, seorang pelajar diploma kejururawatan di IPTS perlu menjelaskan pinjaman antara RM300 hingga RM400 sebulan untuk tempoh 20 tahun bagi pinjaman antara RM40,00 hingga RM60,000 sehingga tamat pinjaman.

Secara perbandingan, jumlah pinjaman pelajar yang mengikuti kursus diploma biasa di IPTS adalah antara RM15,000 hingga RM25,000 manakala jumlah bayaran balik pula antara RM100 hingga RM150 sebulan bagi tempoh 10 tahun.

FAKTA NOMBOR - Pinjaman maksimum di IPTS

RM30,000 - Ijazah Sarjana Muda Perubatan
RM8,000 - Peringkat diploma


KUALA LUMPUR: Penyanyi Misha Omar adalah antara beribu-ribu bekas pelajar institusi pengajian tinggi yang belum membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Bekas pelajar kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) itu, yang membuat pinjaman RM25,000 pada 2002, berhenti belajar tahun lalu bagi menceburi bidang seni.

Pulangkan..(Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo kau milikku

(Pegawai PTPTN)
Pulangkan hutang-hutangku

(Ex-Student)
Oh hentikanlah menghantuiku

(Pegawai PTPTN)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku

(Ex-Student)
Kupulangkan semua hutangku

(Pegawai PTPTN)
Yang dikau peram tanpa relaku

(Ex-Student)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke hingga lubang kubur..
bila ko jadi hantu aku lariii

No comments: